Kuala Berang,
Terengganu: Program
pelepasan benih ikan ke perairan umum adalah program rutin tahunan Jabatan
Perikanan Malaysia dalam usaha meningkatkan sumber perikanan. Pejabat Perikanan
Negeri Terengganu menjadi antara pejabat perikanan yang paling aktif
melaksanakan program berkenaan. Terbaharu, ia dilaksanakan di Sg. Berang, Kg.
Buluh, Hulu Terengganu yang merupakan program kali ke tiga untuk tahun 2015.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Negeri
Terengganu, Encik Abdul Khalil Bin Abdul Karim ini, lebih berbentuk santai. Sebanyak
20,000 ekor benih ikan lampam sungai yang diperoleh dari PPA Perlok, Jerantut,
Pahang berjaya dilepaskan. Selain itu, sebanyak 50 ribu ekor benih udang galah yang
diambil dari PPUG Kg. Acheh, Lumut Perak berjaya dilepaskan. Aktiviti pelepasan
benih ini turut diiringi oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Terengganu dan orang
kampung bersama ahli keluarga masing-masing
Encik Abdul Khalil berkata, dengan adanya program seperti
ini, sumber perikanan di Sungai Berang ini dapat dipulihara di samping dapat
meningkatkan pendapatan nelayan darat di
sepanjang sungai ini.
“Di samping mencapai KPI Jabatan Perikanan, aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan Jabatan Perikanan bersama masyarakat setempat”, katanya.
a) Lokasi program
b) Pelepasan udang galah
c) Pelepasan benih ikan lampam sungai
d) Sesi bergambar
e) Suasana sibuk
f) Ucapan oleh tuan pengarah
g) Selingan
No comments:
Post a Comment