Tuesday 8 September 2015

Pelepasan Benih Udang Galah Di Sungai Asing, Kg. Gong Beris, Marang (3 September 2015)

Perikanan darat sememangnya begitu sinonim dengan aktiviti pelepasan umum iaitu pelepasan anak benih ikan atau udang ke perairan sungai atau tasik. Pada 3 September 2015, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di bawah kelolaan Unit Perikanan Darat dengan kerjasama Pejabat Daerah Perikanan Marang, berjaya melaksanakan program pelepasan umum buat kali ke 4 di Terengganu. 

Sungai Asing, Kg. Gong Beris, Marang menjadi pilihan untuk melepaskan benih udang galah sebanyak 28000 ekor yang diambil dari PPUG Kg. Acheh, Perak. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Ruzaidi Bin Mamat. Turut hadir, Penghulu serta Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung bersama nelayan darat di kawasan tersebut.

"Sama-samalah kita menjaga dan memelihara sumber sungai kita, disamping menambah pendapatan dari hasil tangkapan di sungai", pesan Timbalan Pengarah kepada nelayan setempat. Diseru juga kepada mereka agar memberi kerjasama membantu pihak jabatan untuk memantau sungai daripada aktiviti-aktiviti perikanan terlarang.

Pelepasan anak benih dilakukan di tiga tempat sepanjang sungai dengan menyusuri sungai Asing dengan menaiki bot. Pelepasan dilakukan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan dan perlindungan udang galah.

Persiapan tapak pelepasan dan juga kurungan beg anak benih udang





Sesi ucapan dan interaksi nelayan darat bersama Timbalan Pengarah Perikanan Terengganu


Pelepasan benih udang ke perairan

Antara nelayan darat yang terlibat


Pelepasan benih udang dengan menaiki bot menyusuri sungai

Gambar selingan

No comments:

Post a Comment