Tuesday, 8 September 2015

Kajian Inventori Sungai Di Lubuk Kain, Sungai Bangan, Kg. Shukor, Hulu Dungun (12-15 April 2015)

Hulu Dungun, Terengganu:     Secara lumrahnya jika ekologi sungai terjaga, maka hidupan akuatiknya sudah tentu dapat membesar dan membiak dengan baik. Hidupan akuatik ini seterusnya akan dapat dimanfaatkan oleh manusia sama ada untuk kegunaan sendiri atau dikomersialkan. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber sungai sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. 
  
Baru-baru ini, Unit Perikanan Darat, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu telah menjalankan Kajian Inventori Perikanan Darat di Lubuk Kain, Sungai Bangan, Kg. Shukor, Hulu Dungun, Dungun, Terengganu. Lubuk Kain terpilih kerana keindahan flora dan faunanya yang masih terjaga keasliannya. Ia merupakan kawasan upstream iaitu kawasan berjeram dalam pembahagian zon sungai. Anak sungai ini mengalir ke Sungai Bangan yang seterusnya bertemu dengan Sungai Dungun iaitu sungai utama di daerah ini.

Kajian inventori ini menggunakan kaedah penangkapan spesies ikan dengan cara merentang pukat, menjala, memasang bubu, menangguk dan juga menggunakan kejutan elektrik. Sepanjang empat hari program dijalankan, sebanyak 43 spesies ikan berjaya ditangkap. Ia kemudiannya ditimbang, diukur dan direkodkan. Rekod ini akan disimpan, diaudit dan dianalisis. Antara spesies yang popular ialah ikan selimang batu, tengas, tebal sisik, daun dan baung.

Selepas dianalisis, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan spesies di perairan sungai di daerah Dungun ini masih terkawal populasinya. Walaupun terdapat beberapa spesies yang tidak diperoleh semasa kajian dilakukan seperti spesies kawan dan darok, tetapi ianya tidak boleh disimpulkan sebagai spesies yang mengalami kepupusan. Ia mungkin tidak bertepatan dengan lokasi kajian dilakukan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap nelayan tempatan, mereka mendakwa masih banyak spesies ikan di Sungai Dungun. Setiap nelayan mampu mendaratkan secara purata sebanyak 5 hingga 10 kilogram ikan sehari. Malah, sumber ikan di sepanjang hulu sungai Dungun itu masih boleh mendatangkan pendapatan tetap kepada mereka.


Secara kesimpulannya, kajian inventori yang dilakukan di Lubuk Kain ini dapat membantu dalam menentukan spesies ikan dan kuantitinya untuk program pelepasan umum yang akan dilakukan di sungai Dungun. Masih banyak lagi anak-anak sungai di daerah ini yang akan dijadikan lokasi program kajian dalam usaha pemuliharaan sumber. Impaknya akan dapat dilihat apabila nelayan darat dapat memungut hasil yang lebih banyak pada masa akan datang.

a) Persiapan tapak perkhemahan






b) Proses kajian

Mengarau pukat

Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau

Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau


Menahan pukat di jeram

Menangguk ikan

Sesi taklimat oleh En. Ramly 

Memasang pukat hampa

Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau

Pengambilan data berat dan panjang ikan

Antara ikan yang diperoleh

Mengukur ikan


Antara hasil tangkapan

c) Gambar selingan
Terbaik !!

Ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata

Kejernihan dan kebersihan sungai yang masih terjaga

Koordinat seekor kumbang

Janji makan sedap

Penat der......

tidur dari malam sampai ke petang

Begitu menyelerakan

Antara kakitangan yang terlibat

Mandi pun guna jaket keselamatan

Makan-makan

Lauk sotong oleh chef yang terkenal

Ni nak tangkap gambar orang ke ikan?










No comments:

Post a Comment