c) Para hadirin mendengar ucapan dan taklimat
Thursday, 10 September 2015
Pelepasan Umum Di Kg. Tanjung, Jerangau Sungai, Dungun (19 April 2015)
Pelepasan umum kedua yang diadakan oleh Unit Perikanan Darat adalah di Kg. Tanjung, Jerangau Sungai, Dungun telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Roslee Daud merangkap Adun Bukit Besi. Program juga turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, En. Abdul Khalil Abdul Karim. Benih yang dilepaskan adalah 40 ribu ekor udang galah, 16 ribu ekor ikan lampam sungai dan 500 ekor ikan jelawat.
a)| Persiapan tapak pelepasan dan tapak taklimat
b) Pelepasan anak benih ke perairan
Wednesday, 9 September 2015
Pelepasan Umum Di Kg. Buluh, Sungai Berang, Hulu Terengganu (13 Jun 2015)
Kuala Berang,
Terengganu: Program
pelepasan benih ikan ke perairan umum adalah program rutin tahunan Jabatan
Perikanan Malaysia dalam usaha meningkatkan sumber perikanan. Pejabat Perikanan
Negeri Terengganu menjadi antara pejabat perikanan yang paling aktif
melaksanakan program berkenaan. Terbaharu, ia dilaksanakan di Sg. Berang, Kg.
Buluh, Hulu Terengganu yang merupakan program kali ke tiga untuk tahun 2015.
Program yang dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Negeri
Terengganu, Encik Abdul Khalil Bin Abdul Karim ini, lebih berbentuk santai. Sebanyak
20,000 ekor benih ikan lampam sungai yang diperoleh dari PPA Perlok, Jerantut,
Pahang berjaya dilepaskan. Selain itu, sebanyak 50 ribu ekor benih udang galah yang
diambil dari PPUG Kg. Acheh, Lumut Perak berjaya dilepaskan. Aktiviti pelepasan
benih ini turut diiringi oleh Ketua Daerah Perikanan Hulu Terengganu dan orang
kampung bersama ahli keluarga masing-masing
Encik Abdul Khalil berkata, dengan adanya program seperti
ini, sumber perikanan di Sungai Berang ini dapat dipulihara di samping dapat
meningkatkan pendapatan nelayan darat di
sepanjang sungai ini.
“Di samping mencapai KPI Jabatan Perikanan, aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan Jabatan Perikanan bersama masyarakat setempat”, katanya.
a) Lokasi program
b) Pelepasan udang galah
c) Pelepasan benih ikan lampam sungai
d) Sesi bergambar
e) Suasana sibuk
f) Ucapan oleh tuan pengarah
g) Selingan
Tuesday, 8 September 2015
Kajian Inventori Sungai Di Lubuk Kain, Sungai Bangan, Kg. Shukor, Hulu Dungun (12-15 April 2015)
Hulu Dungun, Terengganu: Secara lumrahnya jika ekologi sungai terjaga,
maka hidupan akuatiknya sudah tentu dapat membesar dan membiak dengan baik. Hidupan
akuatik ini seterusnya akan dapat dimanfaatkan oleh manusia sama ada untuk
kegunaan sendiri atau dikomersialkan. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan yang
bertanggungjawab dalam pengurusan sumber sungai sentiasa membuat pemantauan
dari semasa ke semasa.
Baru-baru ini, Unit Perikanan Darat, Pejabat
Perikanan Negeri Terengganu telah menjalankan Kajian Inventori Perikanan
Darat di Lubuk Kain, Sungai Bangan, Kg. Shukor, Hulu Dungun, Dungun, Terengganu.
Lubuk Kain terpilih kerana keindahan flora dan faunanya yang masih terjaga
keasliannya. Ia merupakan kawasan upstream
iaitu kawasan berjeram dalam pembahagian zon sungai. Anak sungai ini mengalir ke
Sungai Bangan yang seterusnya bertemu dengan Sungai Dungun iaitu sungai utama
di daerah ini.
Kajian
inventori ini menggunakan kaedah penangkapan spesies ikan dengan cara merentang
pukat, menjala, memasang bubu, menangguk dan juga menggunakan kejutan elektrik.
Sepanjang empat hari program dijalankan, sebanyak 43 spesies ikan berjaya
ditangkap. Ia kemudiannya ditimbang, diukur dan direkodkan. Rekod ini akan
disimpan, diaudit dan dianalisis. Antara spesies yang popular ialah ikan selimang
batu, tengas, tebal sisik, daun dan baung.
Selepas dianalisis, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan spesies di perairan sungai di daerah Dungun ini masih terkawal populasinya. Walaupun terdapat beberapa spesies yang tidak diperoleh semasa kajian dilakukan seperti spesies kawan dan darok, tetapi ianya tidak boleh disimpulkan sebagai spesies yang mengalami kepupusan. Ia mungkin tidak bertepatan dengan lokasi kajian dilakukan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap nelayan tempatan, mereka mendakwa masih banyak spesies ikan di Sungai Dungun. Setiap nelayan mampu mendaratkan secara purata sebanyak 5 hingga 10 kilogram ikan sehari. Malah, sumber ikan di sepanjang hulu sungai Dungun itu masih boleh mendatangkan pendapatan tetap kepada mereka.
Secara kesimpulannya, kajian inventori yang dilakukan di Lubuk Kain ini dapat membantu dalam menentukan spesies ikan dan kuantitinya untuk program pelepasan umum yang akan dilakukan di sungai Dungun. Masih banyak lagi anak-anak sungai di daerah ini yang akan dijadikan lokasi program kajian dalam usaha pemuliharaan sumber. Impaknya akan dapat dilihat apabila nelayan darat dapat memungut hasil yang lebih banyak pada masa akan datang.
a) Persiapan tapak perkhemahan
b) Proses kajian
Mengarau pukat
Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau
Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau
Menahan pukat di jeram
Menangguk ikan
Sesi taklimat oleh En. Ramly
Memasang pukat hampa
Mengutip ikan di pukat yang telah dikarau
Pengambilan data berat dan panjang ikan
Antara ikan yang diperoleh
Mengukur ikan
Antara hasil tangkapan
c) Gambar selingan
Terbaik !!
Ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Kejernihan dan kebersihan sungai yang masih terjaga
Koordinat seekor kumbang
Janji makan sedap
Penat der......
tidur dari malam sampai ke petang
Begitu menyelerakan
Antara kakitangan yang terlibat
Mandi pun guna jaket keselamatan
Makan-makan
Lauk sotong oleh chef yang terkenal
Ni nak tangkap gambar orang ke ikan?
Subscribe to:
Posts (Atom)