Satu program menghambat ikan telah dijalankan di Kg. Pengkalan Merbau, Setiu, Terengganu. Pesta mengambat ikan sudah menjadi aktiviti tahunan di Setiu. Pesta kali ini di rasmikan oleh ADUN Permaisuri, Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee. Dianggarkan hadirin yang hadir adalah 600 orang.
Aktiviti mengambat ikan dijalankan oleh 30 orang peserta yang merangkumi jarak sejauh lebih kurang 1 kilometer. Aktiviti mengambat ikan ini melibatkan semua golongan dari kanak-kanak sehingga ke dewasa.
Juga terdapat aktiviti lain diadakan sepanjang program seperti pertandingan mewarna, congkak, persembahan dikir barat, tarian kebudayaan dan juga pameran lukisan OKU. Sebanyak 80 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk pengunjung.
Banyak tapak jualan disediakan untuk peniaga-peniaga kecil yang mengambil peluang berniaga ketika pesta berlangsung. Pesta tersebut selesai sebelah petang.
No comments:
Post a Comment