Satu majlis interaksi jabatan bersama nelayan darat dan juga peserta kluster ternakan air payau daerah Dungun telah diadakan pada hari ini. Salah satu slot dari Unit Perikanan Darat Terengganu adalah Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) ini merupakan tunggakan bagi bulan Januari dan Februari sebanyak RM 400 setiap seorang. Penyerahan ESHND ini diserahkan secara tunai dengan bantuan kerjasama dari pihak Agrobank cawangan Dungun.
Majlis ini dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Din Bin Adam, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun juga merangkap sebagai Pegawai Pembangunan Dungun. Majlis ini juga melibatkan penyerahan bantuan kepada peserta projek kluster ternakan air tawar yang menerima bantuan kelengkapan ternakan sangkar. Program telah diadakan dengan jayanya di Tapak Projek Ternakan Air Payau Dalam Sangkar HDPE di Kg. Pulau Serai, Dungun.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran kehadiran nelayan darat dan pserta kluster ternakan pada jam 9.00 pagi. Interaksi jabatan bersama nelayan darat dan juga peserta kluster merupakan slot pertama pada pagi itu. Pendedahan berkenaan ESHND dan juga peraturan-peraturan perikanan sungai dan penerangan berkenaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Negeri Terengganu telah disampaikan oleh Puan Rosmawati Binti Md Zali, Ketua Unit Perikanan Darat Terengganu. Selepas itu, Pengarah Perikanan Negeri, En. Abdul Khalil Bin Abdul Karim meneruskan interaksi jabatan dengan para hadirin dengan sesi soal jawab berkaitan kemusykilan dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh nelayan darat dan peserta kluster yang berkaitan dengan perikanan.
Gimik pelepasan ikan siakap juga dilakukan diatas sangkar HDPE milik salah seorang peserta yang merupakan penternak berdaftar dengan jabatan selepas Yang Berbahagia Dato' Din Bin Adam melancarkan program tersebut. Selepas sesi gimik tersebut, penyerahan ESHND secara tunai kepada nelayan darat dimulakan dengan kerjasama kakitangan jabatan dan Agrobank. Majlis selesai lebih kurang jam 2.00 petang.
Sesi pendaftaran
Ruang VIP
Para hadirin
Urusetia
Taklimat berkaitan perikanan darat
Sesi interaksi bersama hadirin
Sola jawab berkaitan perikanan
Dif jemputan
Bacaan doa oleh Imam masjid berdekatan
Ucapan aluan oleh Pengarah Perikanan Negeri
Ucapan pelancaran oleh YBhg Dato' Din Bin Adam
Penyerahan bantuan kluster ternakan air payau
Penyerahan bantuan ESHND
Gimik pelepasan ikan di sangkar HDPE
Pengangkutan dari sangkar ke darat
Salah seorang penerima ESHND
Bayaran ESHND secara tunai
No comments:
Post a Comment