Tuesday, 19 April 2016

Kajian Inventori Di Kg. Yak Yah, Sungai Chukai, Kemaman (4-7 April)

Sebagai pembuka tirai 2016, program Unit Perikanan Darat yang terbesar adalah kajian inventori yang mana telah diadakan pada awal bulan April. Lokasi yang dipilih kali ini adalah Kg. Yak Yah, Kemaman. Sungai utama dalam kajian inventori ini adalah sungai Chukai. Kajian juga dilakukan di anak sungai Ibok dan alur sungai Bungkus. Yang mana kedua-dua anak sungai ini merupakan anak sungai Chukai.
Setibanya di tapak kajian, peserta kajian inventori memulakan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar serta kemudahan infrastruktur untuk digunakan sepanjang program selama 4 hari. Pukat mula ditahan pada petang hari pertama untuk melihat spesies yang merajai kawasan tersebut. Selain itu, peralatan lain yang digunakan sepanjang kajian adalah, bubu, jala, pancing, taut dan shocker.

Sebanyak 38 spesies yang diperoleh sepanjang tempoh kajian. Antara spesies yang popular adalah ikan duri, temperas, terbul, seluang, kawan dan rong ekor merah. Cuaca sepanjang tempoh kajian dijalankan adalah baik dan tiada hujan yang turun dan mengganggu kerja-kerja kajian dilakukan.

Semua spesies yang diperoleh direkodkan berdasarkan berat, panjang, koordinat, saiz pukat dan peralatan yang digunakan. Kerja-kerja kajian kali ini agak mudah dilakukan dengan kemudahan infrastruktur yang tersedia seperti surau dan tandas, sumber air dan elektrik, jalan raya yang dekat, bot-bot nelayan darat dan juga bantuan dari nelayan darat daerah Kemaman yang tidak lekang dalam memberi kerjasama sepanjang tempoh kajian dilakukan.








































Monday, 18 April 2016

BESHND Di Dungun Sempena Majlis Interaksi & Pelancaran Projek Kluster Ternakan Air Payau (28 Mac)

Satu majlis interaksi jabatan bersama nelayan darat dan juga peserta kluster ternakan air payau daerah Dungun telah diadakan pada hari ini. Salah satu slot dari Unit Perikanan Darat Terengganu adalah Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) ini merupakan tunggakan bagi bulan Januari dan Februari sebanyak RM 400 setiap seorang. Penyerahan ESHND ini diserahkan secara tunai dengan bantuan kerjasama dari pihak Agrobank cawangan Dungun. 

Majlis ini dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Din Bin Adam, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Dungun juga merangkap sebagai Pegawai Pembangunan Dungun. Majlis ini juga melibatkan penyerahan bantuan kepada peserta projek kluster ternakan air tawar yang menerima bantuan kelengkapan ternakan sangkar. Program telah diadakan dengan jayanya di Tapak Projek Ternakan Air Payau Dalam Sangkar HDPE di Kg. Pulau Serai, Dungun. 

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran kehadiran nelayan darat dan pserta kluster ternakan pada jam 9.00 pagi. Interaksi jabatan bersama nelayan darat dan juga peserta kluster merupakan slot pertama pada pagi itu. Pendedahan berkenaan ESHND dan juga peraturan-peraturan perikanan sungai dan penerangan berkenaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Negeri Terengganu telah disampaikan oleh Puan Rosmawati Binti Md Zali, Ketua Unit Perikanan Darat Terengganu. Selepas itu, Pengarah Perikanan Negeri, En. Abdul Khalil Bin Abdul Karim meneruskan interaksi jabatan dengan para hadirin dengan sesi soal jawab berkaitan kemusykilan dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh nelayan darat dan peserta kluster yang berkaitan dengan perikanan.

Gimik pelepasan ikan siakap juga dilakukan diatas sangkar HDPE milik salah seorang peserta yang merupakan penternak berdaftar dengan jabatan selepas Yang Berbahagia Dato' Din Bin Adam melancarkan program tersebut. Selepas sesi gimik tersebut, penyerahan ESHND secara tunai kepada nelayan darat dimulakan dengan kerjasama kakitangan jabatan dan Agrobank. Majlis selesai lebih kurang jam 2.00 petang.

Sesi pendaftaran

Ruang VIP




Para hadirin

Urusetia

Taklimat berkaitan perikanan darat

Sesi interaksi bersama hadirin

Sola jawab berkaitan perikanan

Dif jemputan

Bacaan doa oleh Imam masjid berdekatan

Ucapan aluan oleh Pengarah Perikanan Negeri

Ucapan pelancaran oleh YBhg Dato' Din Bin Adam


Penyerahan bantuan kluster ternakan air payau


Penyerahan bantuan ESHND 





Gimik pelepasan ikan di sangkar HDPE

Pengangkutan dari sangkar ke darat

Salah seorang penerima ESHND

Bayaran ESHND secara tunai