Perbincangan bersama-sama wakil
FanLi Marine & Consultancy dan wakil Jernih Perintis Sdn. Bhd. di lokasi
Taman biodiversiti Sungai Loh untuk mengenalpasti kawasan sesuai untuk
dijadikan lokasi kajian ‘Fish Impact’.
Rombongan tidak dapat menaiki
bukit ke tapak cadangan kajian kerana hujan lebat menyebabkan jalan licin untuk
pendakian ke atas.
Keputusan perbincangan
mencadangkan lokasi untuk kajian tersebut adalah di Lubuk Kelembar dengan jarak
5 kilometer dari Lubuk Gemerang yang berada di dalam Taman Biodiversiti.
Kajian dijangka akan dilakukan
pada bulan Mac atau April 2017 dengan menjemput Pejabat Perikanan Negeri
Terengganu dan FRI Gelami Lemi.
Perbincangan bersama wakil Jernih Perintis Sdn. Bhd. dan FanLi Marine & Consultancy
Menerangkan keadaan air di lubuk Gemerang
No comments:
Post a Comment