Wednesday 18 January 2017

Siasatan Ikan Keli Afrika Di Marang (8 Januari)

·         Siasatan dimulakan dengan menemubual nelayan darat di Kg. Gong Beris. Siasatan mendapati memang terdapat ikan keli afrika yang diperolehi oleh orang kampung dalam tempoh 2 minggu ini. Ikan keli tersebut kemungkinan hadir bersama air banjir yang melanda kampung tersebut baru-baru ini.
·         Seterusnya siasatan dilakukan ke atas orang awam yang bernama Mazlan di kampung yang sama. Beliau mendapat 8 ekor keli afrika pelbagai saiz yang mempunyai berat antara 1-5 kilogram. Beliau menangkap ikan tersebut di dalam alur kecil hadapan rumah beliau.
·         Lokasi alur tersebut bersambung dengan Baroh/Paya Mat Abu. Sewaktu banjir, air paya tersebut melimpah sehingga ke alur hadapan rumahnya. Menurut beliau, beberapa orang penduduk lain juga turut mendapat ikan keli afrika tersebut. Selepas disiasat, didapati paya Mat Abu tersebut bersambung dengan alur yang terus ke sungai Marang.
·     Siasatan diteruskan ke Kg. Kubu untuk menemubual seorang penjaga kolam memancing Wahee Ngail dan nelayan darat bernama Wan Omar bin Wan Musa. Siasatan mendapati kolam pancing Wahee Ngail tersebut melimpah sewaktu banjir besar baru-baru ini. Air bah yang besar telah menenggelamkan kolam tersebut setinggi 1 meter dari tebing kolam.

Temubual bersama orang kampung

Salah satu keli afrika yang ditangkap oleh orang kampung

Alur yang dimasuki keli afrika



Paya dan alur yang bersambung ke sungai Marang


Kolam pancing yang dilanda banjir baru-baru ini

No comments:

Post a Comment