Saturday 3 December 2016

Lawatan Kerja di hutan Royal Belum, Perak (29 November)

Hasil daripada lawatan yang dijalankan, boleh dikatakan sistem pengurusan dan penguatkuasaan di hutan Royal Belum berada di bawah kuasa Perbadanan Taman Negeri Perak. Penguatkuasaan yang dijalankan adalah dengan menggabungkan enakmen-enakmen dari Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Semua enakmen ini digabungkan dan diwujudkan peraturan-peraturan untuk memudahkan pengurusan di Royal Belum. Pengurusan dan penguatkusaan dilakukan sepenuhnya oleh Perbadanan Taman Negeri Perak. Jika terdapat kes, pihak Perbadanan Taman Negeri Perak akan serahkan kes kepada agensi yang sepatutnya.


Rumusan yang boleh dicerapkan daripada lawatan teknikal ini adalah, cadangan penubuhan dan gabungan enakmen di Tasik Kenyir untuk dikuatkuasakan oleh pasukan Kenyir Rangers. Organisasi baru perlulah mewujudkan satu peraturan baru yang mengandungi segala enakmen dari agensi kerajaan di Terengganu seperti Jabatan Perikanan, PERHILITAN, Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan mana-mana enakmen yang difikirkan boleh dikuatkuasakan di Tasik Kenyir. Oleh itu, Kenyir Rangers perlulah ada sedikit pembaharuan dari segi penguatkuasaan agar dapat mengawal aktiviti terlarang di Tasik Kenyir dan secara tidak langsung memulihara sumber alam sekitar yang sedia ada.

                                         Persekitaran Jeti Royal Belum


Taklimat oleh Perbadanan Taman Negeri Perak




Ucapan oleh ketua rombongan, Ketua Pengarah Pejabat Tanah & Galian
\

Proses untuk menaiki bot






Pos Pemeriksaan Royal Belum

House boat sekitar tasik


Perkampungan orang asli Serai Wangi

Perkampungan orang asli Aman Damai








Kem Peranginan Sg. Tiang









No comments:

Post a Comment