Tuesday, 4 October 2016

Lawatan Ke Taman Biodiversiti Sg. Loh, Dungun (4 Oktober)

Taman Biodiversiti Perikanan Sg. Loh, merupakan sebuah tempat di bawah jagaan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu dengan peruntukan yang disalurkan adalah sumebr dari Kerajaan Negeri Terengganu. Taman biodiversiti ini dibina atas dasar melindungi sumber ikan di sungai Loh itu sendiri. Sg. Loh terkenal dengan sumber ikan yang pelbagai spesies masih terkawal terutamanya spesies kelah yang sangat digilai ramai. Untuk itu, 

Pejabat Perikanan Negeri Terengganu menempatkan pekerja kontrak di taman tersebut untuk mengawal selia kawasan dan harta kerajaan di Taman Biodiversiti Sg. Loh. Makanan ikan juga turut dibekalkan untuk memastikan lubuk ikan kelah di Taman Biodiversiti tersebut sentiasa terjaga dan ikan-ikan kekal di lubuk tersebut tanpa diganggu. Pelawat-pelawat juga boleh datang mengunjung kawasan lubuk tersebut dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti perikanan di kawasan lubuk tersebut. 

Kawasan tersebut telah dizonkan kepada 3 zon iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Zon Merah tidak dibenarkan sebarang aktiviti perikanan dan merupakan lubuk utama Taman Biodiversiti. Zon Kuning adalah zon yang dibenarkan memancing sahaja. Manakala zon Hijau adalah zon bebas untuk pelbagai aktiviti perikanan yang dibenarkan.

Taman Biodiversiti itu juga merupakan laluan gajah liar yang menghuni kawasan hutan tersebut. Jika pengunjung bernasib baik, pengujung akan bertemu dengan sekumpulan gajah yang berkeliaran di kawasan taman tersebut. Selain itu, tarikan pokok cengal besar yang berhampiran dengan taman juga menjadi tumpuan utama pendaki-pendaki untuk mendaki hutan belakang Taman Biodiversiti untuk melihat pokok tersebut.

Di Taman Biodiversiti Perikanan ini turut disediakan kemudahan seperti surau dan tandas untuk pengunjung. Manakala pengunjung yang berminat untuk bermalam di taman tersebut boleh lah berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan.

Seruan untuk pelawat-pelawat, pengunjung dan pelancong, serta orang ramai, sama-sama lah kita semua memelihara sumber sungai kita dan memupuk tanggungjawab untuk menjaga kawasan terbabit daripada terganggu dan kehilangan sumber oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

Gambar kemudahan di Taman Biodiversiti






Lubuk kelah yang sentiasa dipantau dan dijaga (Zon Merah)





















Tempat rehat pekerja kontrak



Lubuk Zon Merah




No comments:

Post a Comment