Thursday 1 September 2016

Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Di Sungai Rual, Felcra Keruak, Besut (30 Ogos)

Sebagaimana seperti biasa, program pelepasan benih ikan ke perairan umum menjadi aktiviti utama Unit Perikanan Darat Negeri Terengganu. Pada akhir Ogos ini, lokasi sungai Rual, Felcra Kg. Keruak, Hulu Besut menjadi tumpuan program ini. Kali ini sebanyak 40 ribu ekor anak benih ikan lampam sungai berjaya dilepaskan ke dalam sungai bagi menambah sumber di sungai tersebut.

Program kali ini melibatkan kehadiran kakitangan Felcra, orang kampung dan juga Y.B. Haji Nawi bin Mohamad, mantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri Terengganu yang secara kebetulan mempunyai program lain di kawasan berkenaan. Benih ikan lampam sungai ini diperolehi dari Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut, Pahang.


Mengikut rakyat tempatan, sumber sungai di kawasan berkenaan semakin berkurangan dan pendapatan nelayan darat semakin berkurang. Maka, wajarlah pihak Jabatan Perikanan melepaskan benih ikan untuk memulihara kawasan berkenaan. Selain itu, masyarakat setempat juga haruslah memainkan peranan untuk menjaga tempat punca sumber rezeki masing-masing. Majlis diadakan secara santai dan tidak ada sebarang perasmian dilakukan. 













No comments:

Post a Comment