Sunday 25 September 2016

Pelepasan Umum Di Kg. Bukit Mentok, Kemaman (24 September)

Sebanyak 40 ribu ekor udang galah dilepaskan di Alur Bukit Mentok, Chukai, Kemaman pada 24 September 2016 yang lalu. Majlis pelepasan tersebut dihadiri oleh penduduk kampung dan pelajar dari institut RANACO, Kemaman. Pelepasan diketuai oleh PA YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, En. Mohd Hisham Bin Zubir dan Pengerusi J3K Kampung tersebut, En Mohd Azmy Mohd Ali.

















Saturday 3 September 2016

Program Taklimat & Pemantauan Perikanan Darat Di Tasik Kenyir (24-25 Ogos)

Unit Perikanan Darat Terengganu telah berjaya menjalankan satu Program Taklimat & Pemantauan Perikanan Darat Di Tasik Kenyir yang telah melibatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan di negeri Terengganu. 

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang kaedah-kaedah dan SOP penguatkuasaan darat kepada kakitangan yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan perikanan darat di Terengganu. Program dijalankan di atas rumah bot di Tasik Kenyir dan dihadiri oleh lebih kurang 20 peserta.

Turut hadir ketika program adalah kakitangan daripada Perhutanan, PERHILITAN dan KETENGAH. Pegawai perikanan dari ibu pejabat juga turut hadir bersama Ketua Cawangan Perikanan Darat.

Peserta juga dibawa melawat ke Pulau Herba, Air Terjun Lasir dan Santuari Kelah Sungai Petang. Peserta juga didedahkan dengan kaedah penguatkuasaan di tasik Kenyir untuk dipraktikkan di daerah masing-masing.

Perjalanan ke Pulau Herba



Taklimat di Pulau Herba



Rehat tengahari


Setibanya di air terjun Lasir






Aktiviti malam iaitu Taklimat Perikanan Darat sambil berbarbeku



Taklimat oleh En. Wan Amizan


Taklimat oleh Pn. Rosmawati

Taklimat oleh En. Hafiz


Penyampaian cenderahati kepada penceramah


Kesibukan di dapur

Suasana di Lasir




Perjalanan ke Santuari Kelah



Taklimat di Pos Santuari Kelah Sungai Petang oleh En. Kamarul Zaman




Perjalanan ke trek Santuari


Trekking ke Santuari Kelah








Setibanya di santuari











Gambar-gambar bebas