Wednesday, 7 December 2016
Saturday, 3 December 2016
Lawatan Kerja di hutan Royal Belum, Perak (29 November)
Hasil daripada lawatan yang dijalankan, boleh dikatakan sistem pengurusan
dan penguatkuasaan di hutan Royal Belum berada di bawah kuasa Perbadanan Taman
Negeri Perak. Penguatkuasaan yang dijalankan adalah dengan menggabungkan
enakmen-enakmen dari Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perikanan
dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
Semua enakmen ini digabungkan dan diwujudkan peraturan-peraturan
untuk memudahkan pengurusan di Royal Belum. Pengurusan dan penguatkusaan
dilakukan sepenuhnya oleh Perbadanan Taman Negeri Perak. Jika terdapat kes,
pihak Perbadanan Taman Negeri Perak akan serahkan kes kepada agensi yang
sepatutnya.
Rumusan yang boleh dicerapkan daripada lawatan teknikal ini adalah,
cadangan penubuhan dan gabungan enakmen di Tasik Kenyir untuk dikuatkuasakan
oleh pasukan Kenyir Rangers. Organisasi baru perlulah mewujudkan satu peraturan
baru yang mengandungi segala enakmen dari agensi kerajaan di Terengganu seperti
Jabatan Perikanan, PERHILITAN, Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran,
Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan mana-mana enakmen yang difikirkan boleh
dikuatkuasakan di Tasik Kenyir. Oleh itu, Kenyir Rangers perlulah ada sedikit
pembaharuan dari segi penguatkuasaan agar dapat mengawal aktiviti terlarang di
Tasik Kenyir dan secara tidak langsung memulihara sumber alam sekitar yang
sedia ada.
Persekitaran Jeti Royal Belum
Taklimat oleh Perbadanan Taman Negeri Perak
Ucapan oleh ketua rombongan, Ketua Pengarah Pejabat Tanah & Galian
Proses untuk menaiki bot
Pos Pemeriksaan Royal Belum
House boat sekitar tasik
Perkampungan orang asli Serai Wangi
Perkampungan orang asli Aman Damai
Kem Peranginan Sg. Tiang
Monday, 14 November 2016
Lawatan Teknikal Ke TAGAL, Sabah. Anjuran TNBR (11-13 November)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah memberi peluang kepada Unit Perikanan Darat Terengganu untuk melawat TAGAL di Sabah dengan anjuran Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR).
Hasil daripada lawatan yang dijalankan, boleh dikatakan sistem TAGAL di Sabah merupakan sistem yang dicipta oleh ahli jawatankuasa yang menjaga kawasan sungai tersebut. TAGAL itu sendiri bermaksud sistem LARANGAN yang memelihara ikan, air, binatang, pokok serta persekitaran kawasan tersebut daripada sebarang aktiviti kerosakan, pemburuan dan pelbagai ancaman yang lain.
Sistem TAGAL ini akan dibuka selama 3 hari selepas 2-3 tahun ditutup
untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan mengutip hasil sumber sungai
tersebut. Sistem dan peraturan TAGAL adalah berbeza mengikut kampung. Peraturan
ini ditetapkan oleh ahli jawatankuasa TAGAL masing-masing.
Kawasan TAGAL ini dilindungi oleh peraturan-peraturan dan enakmen
kerajaan dari berbagai jabatan seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan,
Jabatan Perairan, Jabatan Perhilitan dan juga Jabatan Alam Sekitar. Disamping
itu, TAGAL juga dilindungi oleh peraturan-peraturan adat yang ketat yang telah
diamalkan oleh masyarakat tempatan sejak dahulu lagi.
Kaedah penubuhan TAGAL ini telah menerima pelbagai halangan oleh
masyarakat tempatan pada peringkat awalnya. Akan tetapi, selepas beberapa tahun
dilaksanakan, ianya mula diterima oleh secara perlahan-lahan. Ini kerana,
sistem TAGAL ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi masyarakat
tempatan yang berada di sekitar kawasan TAGAL.
Dengan kegigihan ahli jawatankuasa TAGAL ini sejak tahun 2000,
penubuhan TAGAL ini boleh dikatakan sangat berjaya kerana pendapatan yang
diperoleh telah banyak dimanfaatkan kepada orang kampung setempat. Kini, orang
kampung boleh merasa sama bantuan daripada penubuhan TAGAL ini seperti yuran
sekolah yang ditanggung, bantuan kepada sekolah tahfiz, penyelenggaraan padang
bola di kampung tersebut, pinjaman kewangan, bantuan melanjutkan pelajaran dan
sebagainya. Masyarakat kini telah membuka mata bahawa dengan memelihara alam
sekitar ini, sebenarnya bukan menutup mata pencarian mereka di sungai, malah
mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka yang dijana melalui aspek berbeza.
Kaedah inilah yang ingin diketengahkan oleh pihak Tenaga Nasional
Berhad (TNBR) kepada pihak jabatan dan orang kampung. Cadangan penubuhan TAGAL
di sungai Tembat ini adalah bertujuan menjana ekonomi masyarakat setempat
disamping memelihara alam sekitar dan sungai.
Lokasi yang dicadangkan oleh pihak TNBR untuk dijadikan TAGAL di
sungai Tembat adalah menepati kriteria-kriteria yang bertepatan dengan kaedah
sistem TAGAL di Sabah. Cuma sistem TAGAL di sungai Tembat ini masih berada
diperingkat permulaan iaitu melatih ikan dan orang kampung untuk menguruskan
TAGAL tersebut. Ikan-ikan juga sudah semakin banyak dengan kehadiran pelbagai
saiz dari jenis kelah, tengas, daun dan beberapa spesies yang lain.
Rumusan yang boleh dicerapkan daripada lawatan teknikal ini adalah,
cadangan penubuhan sistem TAGAL di sungai Tembat adalah sangat sesuai dan boleh
diteruskan dengan mendidik masyarakat setempat untuk memelihara ikan di lokasi
TAGAL dan sekitarnya. Pihak jabatan juga perlu membantu dalam merealisasikan
cadangan ini untuk meningkatkan ekonomi komuniti yang terlibat. Disampung itu
juga, TAGAL di sungai Tembat memerlukan penglibatan pihak jabatan dalam
menguatkuasakan undang-undang dan melindungi sumber hutan dan sungai di lokasi
TAGAL.
Sesi taklimat oleh Jawatankuasa TAGAL
Makan tengahari menu Sabahan
Kesibukan sebelum masuk ke sungai
Bergambar bersama Pengerusi TAGAL
Bermain ikan di TAGAL
Persekitaran TAGAL
Subscribe to:
Posts (Atom)