Wednesday, 7 October 2015

Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat Di Pejabat Daerah Perikanan Besut (14 Julai)

NELAYAN DARAT TERENGGANU DAPAT ‘DUIT RAYA’.

Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat Negeri Terengganu berjaya dilaksanakan dipenghujung bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini. Demi menyahut seruan kerajaan Malaysia, kini Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (BESHND) berlangsung diseluruh Malaysia. Dengan membayar tunggakan elaun sejak Januari 2015 sehingga Jun 2015, para penerima mendapat RM 1200 setiap orang. Bayaran RM 200 sebulan untuk bulan Julai dan seterusnya akan dimasukkan terus ke akaun penerima pada setiap 15 haribulan.

Majlis penyerahan dijalankan di Pejabat Perikanan Daerah Besut pada 14 Julai 2015 jam 10 pagi yang telah disampaikan oleh Y.B. Haji Nawi Bin Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri Terengganu merangkap Adun Hulu Besut. Beliau diiringi oleh Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, En. Abdul Khalil Bin Abdul Karim dan juga Pengurus Agrobank Cawangan Jerteh.

Penyerahan kali ini memilih kepada 9 orang penerima dari daerah Besut dan 14 orang dari daerah Setiu. Semua penerima untuk negeri Terengganu adalah seramai 131 orang iaitu setelah pemilihan dan pemutihan  dilakukan ke atas 473 permohonan. Pemilihan adalah mengikut kriteria yang telah ditetapkan dan hanya diberi kepada nelayan darat tulen kategori A sahaja. Bagi penerima daerah selain Besut dan Setiu, elaun dibayar terus ke akaun masing-masing.


Ini jelas menunjukkan komitmen pihak kerajaan dalam menjayakan transformasi yang dirancang dengan penuh teliti dalam membantu golongan berpendapatan rendah. Semoga dengan adanya elaun sara hidup ini, dapat meningkatkan pendapatan nelayan darat tulen di Malaysia, khususnya di Terengganu.



Kehadiran Tuan Pengarah Negeri Terengganu

Pegawai Perikanan dan Ketua Daerah Perikanan

Antara penerima elaun sara hidup

Ketibaan VIP Adun Hulu Besut

Dari kiri, Pengurus Agrobank Cawangan Jerteh, Adun Hulu Besut dan Pengarah Perikanan Negeri

Hadirin ketika majlis berlangsung

Bacaan doá oleh Imam Masjid berdekatan

Selingan

Tuan Pengarah memberikan ucapan

Ucapan oleh YB

Penyampaian elaun sara hidup

Salah seorang penerima elaun adalah wanita

Hidup nelayan darat!!!

Sidang media

Penerima elaun menerima wang tunai

Kakitangan terlibat

Ketua Cawangan Pengurusan Dan Pemuliharaan Sumber

No comments:

Post a Comment