Hulu Terengganu: Unit Perikanan Darat, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu bersama-sama kumpulan Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) telah berjaya melaksanakan satu program Kajian Inventori Perikanan Sungai di Sungai Tembat baru-baru ini. Objektif program kerjasama ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti spesies yang berhabitat di sungai berkenaan.
Lokasi yang dipilih adalah di hulu sungai Tembat ini. Perjalanan kali ini agak menjimatkan masa kerana tasik kedua TNB ini telah menakung air pada aras 425 meter dari aras laut. TNB mula menakung air pada 15 Ogos 2015. Jika sebelum menakung air, laluan untuk tiba ke tapak perkhemahan pertama mengambil masa 2 hari menyusuri sungai dan melalui banyak jeram. Dengan adanya air tasik ini, perjalanan dijimatkan kepada 3 jam dengan hanya 6 hingga 7 jeram untuk ke tapak perkhemahan pertama.
Untuk mendapatkan data yang lebih banyak, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menjalankan kajian di tapak perkhemahan pertama, Manakala satu kumpulan lagi meneruskan perjalanan ke tapak kedua pada keesokan harinya dengan melalui 7 hingga 10 jeram ke hulu menghala ke anak sungai Tembat.
Kajian inventori ini menggunakan kaedah penangkapan spesies ikan dengan cara merentang pukat, menjala, memasang bubu, menangguk dan juga menggunakan pancing. Sepanjang lima hari program dijalankan, sebanyak 8 spesies ikan berjaya ditangkap. Ia kemudiannya ditimbang, diukur dan direkodkan. Rekod ini akan disimpan, diaudit dan dianalisis. Antara spesies yang popular ialah ikan kelah merah, tengas, bujuk, daun, baung, bagoh, patong dan seluang.
Selepas dianalisis, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan spesies di perairan sungai Tembat ini tidak banyak populasinya. Masih banyak spesies yang tidak diperoleh semasa kajian dilakukan. Kami dimaklumkan oleh pihak TNBR bahawa, memang di sungai tersebut tidak banyak spesies lain yang didapati dan kebiasaannya hanya kelah dan tengas sahaja yang merajai kawasan tersebut.
Secara kesimpulannya, kajian inventori yang dilakukan di Sungai Tembat ini dapat membantu dalam menentukan spesies dan kuantitinya. Saiz ikan yang didapati di sungai ini juga agak besar kerana tiada aktiviti penangkapan oleh nelayan darat atau pencerobohan sungai berlaku di kawasan tersebut. Dengan itu, populasi ikan di sungai tersebut akan lebih terjaga dan sentiasa terpulihara hendaknya.
Suasana air mengalir
Tapak perkhemaham pertama
Peralatan untuk memancing malam
Menahan pukat menggunakan bot
Mengukur dan menimbang hasil tangkapan
Suasana sibuk
Sesi taklimat dan pembahagian kumpulan
Perjalanan ke tapak kedua bermula
Syok sendiri
Perjalanan menyusuri jeram
Pukat hampa
Memancing baung
Hasilnya..hehehe
Mengambil data ikan
Kelah merah
Baung
Bujuk
Daun
Siapa tu??
Tukang masak
Bagoh
Patong
Menu hari-hari
Khemah orang asli..boleh la..janji ada
Tapak khemah kedua
Menjala
Sesi fotografi