Saturday, 17 October 2015

Pelepasan Ikan Lampam Sungai Di Kg. Jeram Hulu (17 Oktober)

Pada awal suku akhir tahun 2015 ini, Unit Perikanan Darat Terengganu telah berjaya melaksanakan satu lagi program pelepasan benih ikan ke perairan umum. Lokasi yang terpilih adalah di bawah jambatan Kg. Jeram Hulu, Manir, Kuala Nerus. Majlis disempurnakan oleh Dato' Haji Basir bin Ismail, Pegawai Pembangunan Daerah Kuala Nerus bersama Tuan Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, En. Abdul Khalil Bin Abdul Karim. Turut menghadiri majlis tersebut adalah J3K kampung sekitar dan nelayan darat sungai Nerus. Sebanyak 20 ribu ekor anak benih ikan lampam sungai berjaya dilepaskan pada pagi tersebut. Majlis tamat sekitar jam 12 tengahari.


Bekalan tiba dari PPA Perlok, Jerantut, pahang

Skop gimik perasmian papan tanda amaran

20000 ekor benih ikan lampam

Persediaan tapak gimik

Ketibaan Tuan Pengarah

Ketibaan Dato' Haji Basir

Diringi oleh Tuan Pengarah dan KDP Kuala Terengganu





Sesi pelepasan benih ikan ke sungai

VIP



Para hadirin sepanjang program

bacaan doa oleh imam masjid

Cenderahati untuk VVIP

???

Pesanan Pengarah

Ucapan Dato' Haji Basir

Penyampaian Cenderahati

Gimik pemasangan papan tanda amaran

Sidang media

Wednesday, 7 October 2015

Kajian Inventori Di Sungai Tembat, Tasik Kenyir (28 September - 2 Oktober)

Hulu Terengganu:     Unit Perikanan Darat, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu bersama-sama kumpulan Tenaga Nasional Berhad Research (TNBR) telah berjaya melaksanakan satu program Kajian Inventori Perikanan Sungai di Sungai Tembat baru-baru ini. Objektif program kerjasama ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti spesies yang berhabitat di sungai berkenaan. 
  
Lokasi yang dipilih adalah di hulu sungai Tembat ini. Perjalanan kali ini agak menjimatkan masa kerana tasik kedua TNB ini telah menakung air pada aras 425 meter dari aras laut. TNB mula menakung air pada 15 Ogos 2015. Jika sebelum menakung air, laluan untuk tiba ke tapak perkhemahan pertama mengambil masa 2 hari menyusuri sungai dan melalui banyak jeram. Dengan adanya air tasik ini, perjalanan dijimatkan kepada 3 jam dengan hanya 6 hingga 7 jeram untuk ke tapak perkhemahan pertama.

Untuk mendapatkan data yang lebih banyak, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menjalankan kajian di tapak perkhemahan pertama, Manakala satu kumpulan lagi meneruskan perjalanan ke tapak kedua pada keesokan harinya dengan melalui 7 hingga 10 jeram ke hulu menghala ke anak sungai Tembat.

Kajian inventori ini menggunakan kaedah penangkapan spesies ikan dengan cara merentang pukat, menjala, memasang bubu, menangguk dan juga menggunakan pancing. Sepanjang lima hari program dijalankan, sebanyak 8 spesies ikan berjaya ditangkap. Ia kemudiannya ditimbang, diukur dan direkodkan. Rekod ini akan disimpan, diaudit dan dianalisis. Antara spesies yang popular ialah ikan kelah merah, tengas, bujuk, daun, baung, bagoh, patong dan seluang.

Selepas dianalisis, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan spesies di perairan sungai Tembat ini tidak banyak populasinya. Masih banyak spesies yang tidak diperoleh semasa kajian dilakukan. Kami dimaklumkan oleh pihak TNBR bahawa, memang di sungai tersebut tidak banyak spesies lain yang didapati dan kebiasaannya hanya kelah dan tengas sahaja yang merajai kawasan tersebut.

Secara kesimpulannya, kajian inventori yang dilakukan di Sungai Tembat ini dapat membantu dalam menentukan spesies dan kuantitinya. Saiz ikan yang didapati di sungai ini juga agak besar kerana tiada aktiviti penangkapan oleh nelayan darat atau pencerobohan sungai berlaku di kawasan tersebut. Dengan itu, populasi ikan di sungai tersebut akan lebih terjaga dan sentiasa terpulihara hendaknya.


Suasana air mengalir

Tapak perkhemaham pertama

Peralatan untuk memancing malam

Menahan pukat menggunakan bot

Mengukur dan menimbang hasil tangkapan 

Suasana sibuk

Sesi taklimat dan pembahagian kumpulan

Perjalanan ke tapak kedua bermula

Syok sendiri

Perjalanan menyusuri jeram

Pukat hampa

Memancing baung

Hasilnya..hehehe

Mengambil data ikan

Kelah merah

Baung

Bujuk

Daun

Siapa tu??

Tukang masak

Bagoh

Patong

 Menu hari-hari

Khemah orang asli..boleh la..janji ada

Tapak khemah kedua

Menjala

Sesi fotografi